BAB 2 : PENGENGALAN SYARIKAT

Persatuan Orang Pekak
Terengganu (POPT) ialah sebuah organisasi bantu diri peringkat Negeri
yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. POPT ditubuhkan pada 26
Julai 2000 dengan mengunakan namanya Persatuan Kebajikan Cacat
Pendengaran Terengganu (PKOCPT)
PKOCPT secara rasminya ditukar kepada POPT didaftarkan pada tahun
2009 di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan nombor pendaftarannya ialah
904.POPT telah diberikan mandat untuk mewakili komuniti Pekak di Negeri
Terengganu dalam memperjuangkan hak asasi dan keperluan serta
menyelaraskan program dan aktiviti pembangunan orang Pekak.
POPT juga telah diterima bergabung dengan Persekutuan Orang Pekak
Malaysia (MFD) yang bernaung dibawah World Federation of the Deaf (WFD)
dan WFD turut bernaung di bawah United Nation. POPT berazam mewujudkan
komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing di bidang pendidikan,
sosial, ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat negara.
Kini persatuan orang pekak Terengganu mempunyai keahlian yang berdaftar seramai 358 orang.
Mission
1.Membantu dan mencari peluang kemudahan seperti rawatan kesihatan ,
2.pendidikan, latihan kemahiran, pekerjaan untuk ahli-ahli persatuan.
3.Pengerak aktiviti sosial serta memberi bimbingan akhlak dan juga ilmu
pengetahuan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak
persatuan.
4.Membela dan memperjuangkan untuk warga pekak bagi mendapatkan hak meraka sebagai seorang rakyat Malaysia.
5.Mempromosikan budaya warga pekak dan bahasa isyarat Malaysia sebagai
bahasa ibunda bagi warga pekak Malaysia di peringkat nasional dan
antarabangsa.
6.Bergabung dengan badan-badan kebangsaan yang objektif utamanya ialah untuk memajukan warga pekak.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home